Selasa, 27 Januari 2015

Senyumlah, Sebagaimana Rosulullah SAW senyum

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Rasulullah saw adalah manusia biasa yang boleh tertawa kerana sesuatu yang menyebabkan orang lain ketawa. Takjub kerana sesuatu yang juga menyebabkan orang lain takjub. Bahkan Baginda saw juga menangis kerana sesuatu yang menyebabkan orang lain menangis.

Perbedaan antara kita dengan Rasulullah saw adalah baginda seorang Rasul, yang diberi wahyu dan dibebani dengan tugas kerasulan.  Selain dari itu, baginda saw adalah manusia biasa seperti kita. Baginda saw adalah manusia unggul yang sempurna sifat dan akhlaknya. Oleh itu, tidak selayaknya Baginda saw selalu kelihatan sedih wajahnya  dan muram penampilannya.

Imam al-Tirmizi dalam bukunya Syamail Muhammad SAW, menulis dalam Syamail 35: Cara Rasulullah Tertawa, di muka surat 140 melalui hadis  yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Harits bin Jaza’ r.a yang bermaksud :

                         “Saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih 
                            sering tersenyum daripada Rasulullah SAW.” – 
                                        Riwayat Tirmidzi dan Ahmad.

Jika Rasulullah saw senyum, baginda tidak akan melanjutkan senyumannya dengan ketawa terbahak-bahak. Tidak seperti sesetengah orang yang kerjanya membuat orang  lain ketawa.  Baginda tidak pula kaku dan keras sikapnya. Senyum dan ketawa Baginda saw hanya dengan menampakkan gigi-giginya. Ini dijelaskan oleh Jabir bin Samurah r.a dan Abdullah bin Haris r.a  bahawa :

                           “Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman.” – 
                                                        Riwayat Tirmidzi.

Rasulullah saw adalah gambaran orang yang lapang jiwanya, bersih hatinya, suka memaafkan dan tawadhu'. Gambaran ini dijelaskan oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.w:

              “Siapa yang melihat baginda pada pandangan pertama, 
        tentu merasa   enggan berpaling dan siapa yang bergaul dengan          baginda, pasti mencintainya.  Ada seorang menyebut, “Aku tidak pernah                           melihat orang sepertinya, sebelum dan sesudahnya.” 
                  (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).

Abdul Malik dalam bukunya “Senyuman Dan Kenangan Manis Bersama Rasulullah SAW” menjelaskan senyuman wujud dari akhlak dan tingkah laku Rasulullah SAW. Senyuman merupakan ungkapan perasaan baginda tatkala menghadapi peristiwa yang menggelikan hati dan lucu. Baginda  Rasul menyukai perkara lucu dan menyenangkan, dapat menghiburkan hati dan mengurangkan kepenatan berfikir dan bekerja. Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah terlalu membebankan jiwamu dengan segala kesungguhan hati. Hiburlah dirimu dengan perkara yang ringan dan lucu  karena apabila hati selalu dipaksa dengan memikul bebanan yang berat, maka ia akan menjadi buta.” 
(HR Abu Daud)

Subhanallah…. sahabat sekalian, marilah kita ceriakan kehidupan ini dengan senyuman.Teladanilah akhlak Rasulullah saw dalam melahirkan senyuman kepada siapa saja. Jika kita bermurah hati memberi senyuman kepada orang lain, pasti kita akan merasa senang karena membuat orang lain bahagia dan ceria dengan senyuman kita. Senyum itu sebagian dari IMAN. Senyum adalah penawar kepada SAKIT DI HATI.

Senyum seindah surya yang memancar cahaya, Senyumlah dari hati. Duniamu berseri. Senyum umpama titian dalam kehidupan. Kau tersenyum Ku tersenyum. Kemesraan menguntum. SENYUM… kepada semua. senyumanmu amatlah berharga. SENYUM… membahagiakan. DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.

https://twitter.com/uzwafaqodd21